Mengenai Status Penduduk (Zairyu Shikaku) untuk penuntut asing di Jepun

photo

*Maklumat ini adalah maklumat yang dikeluarkan pada 19 hb. Oktober 2020.

Orang yang akan menyambung pelajaran di sekolah-sekolah di Jepun.

◆ Anda boleh memperbaharui status penduduk “Penuntut (Ryugaku)”.

– Anda boleh memperbaharui statusnya walaupun anda pindah ke sekolah lain.
– Anda boleh bekerja sambilan sehingga tidak melebihi 28 jam seminggu dengan izin untuk “Aktiviti yang Luar Status (Shikakugai Katsudo)”.
– Orang yang bersekolah di sekolah bahasa Jepun boleh menyambung belajar di situ setelah 2 tahun atau lebih juga.
(Pada masa itu, sila memperbaharui status “Penuntut” anda lagi sekali.)

Orang yang telah tamat sekolah tetapi tidak dapat kembali ke negara sendiri.

◆ Anda boleh mengubah status penduduk ke “Aktiviti Tertentu (Tokutei Katsudo) (6 bulan)”

– Orang yang ingin bekerja boleh bekerja sambilan sehingga tidak melebihi 28 jam seminggu
(Anda tidak perlu mempunyai izin untuk “Aktiviti yang Luar Status”)
– Orang yang tidak dapat kembali ke negara sendiri dan telah mengubah status penduduk dari “Penuntut” ke “Pelawat Sementara (Tanki Taizai) ” atau “Aktiviti Tertentu (6 bulan, tidak boleh bekerja)” juga boleh mengubah lagi statusnya.
– Keluarga penuntut asing dan keluarga penuntut asing bekas juga boleh mengubah status penduduk itu.

◆ Orang yang masih mempunyai status penduduk “Penuntut” dan mempunyai izin untuk “Aktiviti yang Luar Status” boleh bekerja sambilan sehingga tidak melebihi 28 jam seminggu setelah tamat sekolah juga.

Orang yang telah memutuskan untuk bekerja di Jepun setelah tamat sekolah

◆ Jika syarat-syaratnya dipenuhi, anda boleh mengubah status penduduk ke “Teknologi (Gizyutsu) / Kemanusiaan (Jinbunchisiki) / Perniagaan Antarabangsa (Kokusai Gyomu)” dan lain-lain.

Orang yang ingin mencari pekerjaan di Jepun walaupun selepas tamat sekolah

(*Hanya untuk orang yang telah tamat sekolah; universiti, kolej (koto senmon gakko), atau sekolah khusus (senshu gakko senmon katei) )

◆ Anda boleh menukar status penduduk anda ke “Aktiviti Tertentu” dan mencari pekerjaan selama satu tahun setelah tamat sekolah.

– Jika anda memperbaharui statusnya, anda boleh mencari pekerjaan di Jepun setelah 1 tahun atau lebih juga.
– Anda boleh bekerja sambilan sehingga tidak melebihi 28 jam seminggu dengan izin untuk “Aktiviti yang Luar Status”

Tempat yang anda boleh bertanya dan berbincang tentang status penduduk dalam perbagai bahasa.

Persatuan Pengantarabangsaan Serantau (Chiiki Kokusaika Kyokai)
http://www.clair.or.jp/j/multiculture/association/consultation_list.html
Yorisoi Hotline
https://www.since2011.net/yorisoi/

Rujukan

“Pengendalian orang asing yang sukar untuk kembali ke negara sendiri”
(pada 19 Oktober 2020, Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun)
http://www.moj.go.jp/isa/content/930005847.pdf
→Klik di sini untuk versi pelbagai bahasa
http://www.moj.go.jp/isa/nyuukokukanri01_00155.html

“Mengendalikan permohonan penduduk dari penduduk asing jangka sederhana hingga panjang dan bekas penduduk asing jangka sederhana hingga panjang yang mengalami kesukaran untuk kembali ke negara sendiri kerana pandemik covid-19”
(pada 19 Oktober 2020, Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun)
http://www.moj.go.jp/content/001320105.pdf

“Mengenai tindak balas kepada penuntut asing yang telah terdedah kepada pandemik covid-19”
(pada 19 Oktober 2020, Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun)
http://www.moj.go.jp/content/001318472.pdf