Vaksin COVID-19 boleh diambil secara percuma.
Orang asing yang tidak ada kad penduduk dan orang yang pembebasan sementara juga dapat vaksinasi
❶ Anda akan menerima “tiket inokulasi (tiket kupon)” dan “pemberitahuan tentang vaksinasi COVID-19” dari kerajaan tempatan
Masa yang anda akan menerima tiket inokulasi itu memang ada perbezaan olehsebab
bergantung tempat wilayah yang anda tinggal dan usia-nya.
Sekiranya anda orang asing yang tidak mempunyai kad penduduk, sila tunjukkan alamat anda dan bertanya dengan pejabat kerajaan tempatan di kawasan anda.
Contoh tiket inokulasi (Ini contoh bandar Kobe. Reka bentuk bergantung dengan bandar.)
❷ Buat janji temu untuk vaksinasi pertama
Anda akan menerima vaksinasi dua kali. Yang pertama, anda perlu buat janji untuk pertama kali.
・ Kalau anda akan menerima vaksinasi di tempat yang disediakan oleh kerajaan tempatan
Membuatkan tempahan melalui laman web tempahan kerajaan tempatan atau hubungi
pusat panggilan kerajaan tempatan untuk membuat tempahan.
URL dan kod QR laman web tempahan, dan juga nombor telefon pusat panggilan ditulis dalam notis inokulasi.
・Kalau anda akan menerima vaksinasi di setiap institusi perubatan (seperti hospital yang selalu anda kunjungi)
Cara-cara tempahan adalah memang berbeza berikut pada kerajaan tempatan, jadi sila
pastikan tentang notis dan laman web kerajaan tempatan anda.
Ada beberapa caranya untuk membuat temu janji adalah panggil kepada institusi perubatan
(laman web atau telefon), atau tempahan boleh dibuat dari laman web tempahan atau pusat
panggilan kerajaan tempatan.
Anda boleh mendapatkan institusi perubatan yang boleh diberi vaksin di laman web berikut.
(Bahasa Jepun / Inggeris sahaja)
Bahasa Jepun: https://v-sys.mhlw.go.jp/search/
Bahasa Inggeris: https://v-sys.mhlw.go.jp/en/search/
Sebagai tambahan kepada ini, anda mungkin dapat menerima vaksin di tempat kerja anda atau di universiti yang anda kunjungi.
* Harap berhati-hati untuk tidak membuat tempahan di lebih dari dua tempat.
* Kaedah dan prosedur tempahan mungkin berubah pada masa akan datang.
❸ Terima vaksinasi sebagai pertama
Apa yang anda perlu dibawa:
Tiket inokulasi, dokumen pengesahan identiti (kad penduduk, pasport, Kad my nombor, dll.)
Slip peperiksaan awal (anda patutu menulisnya kerana ini akan tiba dengan tiket inokulasi.
Sila tenggo laman web berikut untuk versi berbilang bahasa untuk rujukan.)
https://www.mhlw.go.jp/stf/seisakunitsuite/bunya/vaccine_tagengo.html
❹ Buat tempahan untuk vaksinasi kali-kedua
❺ Terima vaksinasi kali-kedua
Selepas vaksinasi, tunggu 15 hingga 30 minit di tempat sama.
Selepas vaksinasi, kadankara ada kes yang jadi mungkin merasa sakit.
Sekiranya anda mengalami simptom yang teruk atau jika anda tidak sembuh selepas beberapa hari, berbincanglah dengan doktor anda.
Walaupun anda mendapat vaksin, teruskan langkah-langkah untuk mencegah jangkitan seperti topeng.
Perkara biasa mengenai vaksin:
Pusat Panggilan Vaksin COVID-19 di Koseirodosho
0120-761770 (Percuma, boleh hubungi pada hari hujung minggu dan cuti umum)
Jepun / Inggeris / Cina / Korea / Portugis / Sepanyol: 9:00-21:00
Thai: 9:00-18:00
Vietnam: 10:00-19:00
* Bercakap dalam bahasa Jepun pada mulanya. Anda boleh beritahu mereka macam ini
“Tuuyakusitehosii “.
Tempahan: Sila berbincang dengan pejabat kerajaan tempatan di kawasan anda.
[Sumber / Rujukan]
「ワクチン 接種までの流れ 接種予約は」(NHK 新型コロナウイルス特設サイト)
https://www3.nhk.or.jp/news/special/coronavirus/vaccine/flow/
「コロナワクチンナビ」(厚生労働省)
https://v-sys.mhlw.go.jp/
「外国人住民向けにコロナワクチン情報発信。多言語コールセンターや17言語でのお知らせも」
(Buzz Feed)
https://www.buzzfeed.com/jp/sumirekotomita/covid-vaccine-1
「接種券見本」(神戸市)
https://www.city.kobe.lg.jp/documents/42676/t-1.pdf